Salam 1 Malaysia..
Busana Melaka
Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri
Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.
Antara yang dapat saya kongsi bersama rakan blog saya ini adalah:
Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian pembesar
dilengkapi samping dan tengkolok broked.
Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked yang
dipadankan dengan kain sarung satin.
Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.
Kepala memakai sanggul lintang
Wanita Chetti menggayakan Baju Kebaya sulam
kasa dan kain batik wiron serta berselendang
Baju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin.
Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.
Kepala memakai sanggul lintang
sungguh unik dan cantik busana yang terdapat di Melaka...
namun masih boleh digaya dan dipakai lagi sehingga ke hari ini.
biar mati anak,jangan mati adat.!!