Tuesday, April 12, 2011

aL-kiSah

ANAK YANG PATUH
Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya. “Kamu semua hendak ke mana? Syurg atau neraka? Siapa yang hendak ke syurga angkat tangan!” Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang pelajar. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, “Siapa hendak ke neraka?”. Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi. Ustaz itu berasa hairan lalu bertanya, “Bila saya Tanya nak masuk syurga awak tak angkat tangan. Bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan. Habis awak nak ke mana?”
            Jawab murid itu, “Saya tidak mahu pergi ke mana-mana ustaz. Ayah saya suruh sya datang sini belajar, dia pesan, jangan pergi ke mana-mana, tunggu sampai dia jemput”……………

AJOI & SUMARDI
Ajoi: Wak, ayat mana yang betul?
A. Anak yatim itu dipukul ayahnya.
B. Anak yatim itu dipukulkan oleh ayahnya.
Sumardi: Pasti…………………….Anak yatim itu dipukul ayahnya baiii!!!
Ajoi: Salah……..!
Sumardi: Naper lak bro???
Ajoi: Dua-dua tak betul..anak yatim mana ada ayah……huakakakaka

No comments:

Post a Comment